TANAH MELAYU JANTUNG DUNIA
Wahai Umat Islam , Bani Jawi dan Bangsa Melayu Ketahuilah oleh mu bahawasanya kamu sedang memijak bumi yang penuh lagenda , misteri dan rahsia yang tersembunyi yang akan terbongkar di akhir zaman nanti.
Ketahuilah oleh mu bahawasanya bumi ini di panggil Tanah Semenanjung Emas sejak zaman dahulu kala kerana bumi ini memiliki Emas Merah yang berkualiti di dunia.
Ketahuilah oleh mu bahawasanya bumi ini di panggil Tanah Rahsia Yang Tersembunyi ( Secret Hidden Place ) yang di ceritakan rahsianya oleh ALLAH S.W.T kepada Iskandar Zulkarnain A.S
Bumi inilah yang di panggil Tanah Matahari Terbit Di Penjuru Dunia Ketahuilah oleh mu bahawasanya bumi ini pernah di jejaki oleh Bapa Kita Nabi Adam A.S kerana mencari dan merindui Ibu kita Siti Hawa .Air matanya pernah menitis di atas bumi ini kerana merindui kekasih hatinya isteri yang tercinta dan menuju kearah matahari terbit sampai ke penghujung penjuru dunia baginda telah mengubah haluan menuju ke barat menuju ke arah matahari terbenam meneruskan pencarian kekasih hatinya.
Ketahuilah oleh mu bahawasanya Bapa Kita Nabi Ibrahim A.S setelah meninggalkan Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail A.S menuju dan memijak bumi ini untuk melihat bumi yang bakal di diami oleh anak cucunya di akhir zaman nanti yang mana bakal menyambung dan menyempurnakan risalah Ilahi ke serata dunia sampailah ke hari kiamat .
Ketahuilah oleh mu bahawasanya Nabi Sulaiman dan Puteri Balqis pernah memijak bumi ini dan membawa pulang harta kekayaan buminya emas merah sebanyak 3000 tan emas ke Baitul Muqadis dan dengan kekayaan inilah Nabi Sulaiman telah memerintah seluruh dunia ini dengan kemakmuran dan keamanan.
Ketahuilah oleh mu bahawasanya Iskandar Zulkarnain bersama Nabi Khidir A.S pernah memijak bumi ini untuk mencari Uyun Hayat yang mana bumi ini menyimpan kekuatan Kerohanian Mistik yang penuh Misteri yang hanya di ketahui oleh Nabi-Nabi dan Wali-Wali ALLAH dan dari bumi inilah akan lahir
Pejuang-Pejuang , Daie-Daie dan Wali-Wali ALLAH di akhir zaman yang penuh kekuatan kerohanian dan semangat perjuangan yang mana jika di letakkan gunung ganang di hadapannya nescaya gunung ganang akan runtuh di rempuh olehnya dan dengannya ALLAH akan menyempurnakan dan menyebarkan risalahnya agamanya suci iaitu ISLAM sampai ke hari kiamat.
Ketahuilah oleh mu bahawasanya Sahabat-Sahabat Rasul ALLAH S.A.W telah sampai dan singgah untuk mengambil perbekalan makanan dan minuman semasa dalam misi penghantaran Surat Dakwah kepada Maharaja China melalui jalan laut.
Ketahuilah oleh mu bahasanya hanya Bumi ini didalam dunia yang menerima kedatangan Islam tanpa peperangan.Bumi ini menerima kedatangan Islam dengan jalan dakwah yang mana agama Islam di bumi ini di bawa oleh anak cucu Rasul ALLAH S.A.W sendiri iaitu ahlul baitnya.
Ketahuilah oleh mu bahawa bumi ini menerima kedatangan ahlul bait yang dalam pengusiran dan pemburuan oleh mereka-mereka yang dengki dan khianat terhadap Rasul ALLAH S.A.W
Ketahuilah oleh mu bahawa bumi ini di muliakan oleh ALLAH S.WT. yang mana kesemua Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu terdahulu itu adalah dari keturunan ahlul bait .Bumi ini di pelihara oleh ALLAH S.W.T dari sebarang musibah dan bala bencana kerana bumi ini di diami dan di perintah oleh anak cucu kekasihnya Habibullah Rasul ALLAH S.A.W
Sedar dan Ingatlah bahawasanya bumi ini pernah di serang dari segala arah selama 500 tahun bermula dari Siam ,Tartar ,Portugis , Belanda ,Inggeris Jepun,Komunis dan bumi ini tetap utuh dalam memilihara keagungan dan kedaulatan islam …… kenapa ???
Kerana ALLAH S.W.T memberi kita Bani Jawi satu tugas yang penting sebelum di kiamatkan dunia ini …….. Penyempurnaan dan penyebaran agama islam keseluruh dunia ………
Oleh itu wahai umat Islam wahai Ahlul Bait Raja-Raja Melayu Wahai Bani Jawi jangan kamu bimbang dan risau, teruskanlah perjuangan kamu meninggikan Syiar Islam .Jangan takut dan ragu-ragu selagi kamu memikul agama islam dan risalah ILAHI pasti dan pasti bantuan dari ALLAH S.W.T pasti akan bersama mu.
Keluarlah lah kamu ke hujung-hujung dunia sebarkan AGAMA ISLAM teruskan lah perjuangan mu ini jangan lah kamu takut dan ragu-ragu kelak kamu akan lihat di bumi ini manusia dan seluruh dunia akan berbondong-bondong datang dan memeluk Islam beramai-ramai.
Di Pulau Besar Melaka juga ada wali ulama bernama Sultanul Arifin Syeikh Ismail yang pernah menjadi guru kepada beberapa wali songo Indonesia.
SILAT juga berasal dari tanah melayu.
Tanah melayu mempunya raja-raja yang paling ramai didunia.
Tanah melayu juga suatu masa dahulu pernah melindungi ramai raja-raja Indonesia akibat diburu Belanda.
Tanah melayu tanah yang berkat dan luas sumbernya kerana hingga kini ada puluhan bangsa menumpang rezekiNya seperti bangladesh,pakistan,indonesia,acheh,cina,india,punjabi,myanmar,vietnam, nepal dan bangak lagi.
Tanah melayu juga tanah yang aman dari segala bencana alam,gempa bumi dan jauh dari lingkaran api pasifik.
Wallahua’lam…
#27.Rejab.1442H
#Genap100H
#MelakaTurki
#TKMTB
#Kalike2